PENERBIT, pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki, 51, meletakkan impian tinggi untuk menjulang nama negara di persada antarabangsa. Sejak tiga tahun lalu, dia hadir dengan idea dan buah fikir tentang filem kenegaraan berjudul Angel of Sandakan. Projek penerbitan filem itu, katanya, sudah dirancang bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Malah, segala kajian, penulisan skrip dan treler animasi sudah dihasilkan sehingga mendapat respons positif sutradara di Hollywood. “Saya difahamkan naskhah itu tiada masalah dan mendapat respons positif Ahli Lembaga Pengarah Finas sebab ia adalah cerita penting tentang sejarah yang berlaku…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya