Sabh, Fareed tekad kembalikan semula keyakinan juri Famili Duo - Utusan Malaysia

Sabh, Fareed tekad kembalikan semula keyakinan juri Famili Duo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menduduki tangga kedua tercorot pada persaingan minggu keempat Famili Duo, pasangan adik beradik, Sabhi dan Fareed Saddi bertekad mengembalikan semula keyakinan juri dengan persembahan lebih baik, Ahad ini.

Kata Sabhi, meskipun konsep Dangdut yang menjadi tema bukan kekuatan mereka, dia dan Fareed berusaha keras menyusun strategi untuk menambat hati juri, sekali gus mengukuhkan semula kedudukan mereka.

“Dangdut bukan forte kami, tetapi kami percaya mampu memberikan persembahan yang baik untuk konsep itu nanti. Jadi, kami sedang merancang sesuatu untuk menambat semula hati juri.

“Penonton tahu kekuatan kami dari segi konsep dan persembahan. Kami akan fokus perkara itu pada minggu ini. Insya-Allah, kami akan cuba kembalikan semula keyakinan juri,” katanya.

Minggu keempat Famili Duo, Ahad lalu menyaksikan pasangan adik-beradik itu jatuh ke tangga kedua tercorot dengan meraih 188.8 markah.

Pasangan adik-beradik, Siti Saida dan Siti Sairah pula terpaksa akur menduduki tangga terbawah dengan 157.7 markah.

Penyanyi, Ayda Jebat dan adiknya, Fyna pula cemerlang pada kedudukan pertama dengan jumlah markah 247, sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000 sebagai hadiah mingguan.

Dalam pada itu, Sabbhi memaklumkan, dia dan Fareed akan tetap mengutamakan kualiti vokal, meskipun tumpuan mereka lebih diberatkan kepada konsep persembahan.

“Perkara ini bukan mudah, tetapi kami akan cuba besarkan persembahan. Kami tahu konsep dan persembahan banyak menyumbang markah untuk kami dalam pertandingan ini. Jadi, kami akan berikan yang terbaik nanti,” jelasnya.

Famili Duo musim kedua turut mengetengahkan pasangan bersaudara lain seperti Zaki Yamani dan Yamani Abdillah, Sissy Iman dan Naim Daniel, Ara Johari dan Shaffiq Erwin serta Bella Astillah dan Wani Kayrie.

Rancangan tersebut menampilkan penyanyi, Mas Idayu dan Ajai sebagi juri dan dihoskan selebriti sensasi, Sean Lee serta Janna Nick.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN