Keluar bukan sebab gaduh, Qi Razali umum tinggalkan OAG - Utusan Malaysia

Keluar bukan sebab gaduh, Qi Razali umum tinggalkan OAG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain dram OAG, Qi Razali menafikan dia meninggalkan kumpulan itu disebabkan berlaku perselisihan faham dengan anggota lain.

Sebaliknya, Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali berkata, dia yakin vokalis kumpulan berkenaan, Radhi mampu membawa hala tuju kumpulan tersebut dengan baik.

“Dengan rasmi, saya memaklumkan sudah keluar OAG. Keputusan ini dibuat bukan kerana kami bergaduh.

“Sebaliknya, saya percaya Radhi mampu mengemudi OAG dengan baik. Kami bersahabat selama 30 tahun, bukan tiga hari, tiga bulan atau tiga tahun.

“Saya juga percaya, Radhi mendoakan yang baik-baik untuk saya seperti saya  mendoakan terbaik untuknya,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Qi turut memaklumkan, kerjaya seninya tetap berjalan seperti biasa, meskipun sudah tidak lagi  bersama kumpulan berkenaan.

“Perjalanan saya bersama OAG berhenti di sini. Tetapi, kerjaya saya dalam dunia seni, sama ada sebagai pemuzik, pelakon dan pengacara tetap diteruskan,” jelasnya.

Menerusi hantaran sama, Qi turut memohon maaf kepada pihak media apabila mengambil keputusan mengunci mulut berkenaan perkara itu sebelum ini.

“Saya minta maaf kerana tidak menjelaskan perkara tersebut, sebelum ini. Saya memerlukan masa sebelum membuat keputusan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN