Saya tak nak cari musuh - Siti Khadijah - Utusan Malaysia

Saya tak nak cari musuh – Siti Khadijah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pernah mencetuskan kontroversi gara-gara hantaran dimuat naik disalah erti apabila dikatakan menyindir Anna Jobling, pelakon Siti Khadijah Halim mengakui, apa yang berlaku itu memberi pengajaran besar buat dirinya.

Pelakon berusia 25 tahun itu bagaimanapun, menegaskan di sebalik kejadian itu, mereka tidak bermusuh, malah dia menganggap Anna sebagai sahabat dan saling menyokong antara satu sama lain.

“Saya tiada masalah, malah tidak pernah bermusuh dengan dia. Saya juga menyokong drama lakonannya.

“Apa yang saya tulis di media sosial sebelum ini ditujukan untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. Saya berfikir dahulu sebelum memuat naik kenyataan itu di media sosial.

“Tetapi, tidak sangka banyak isu yang timbul disebabkan hantaran tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Koleksi Rizman Ruzaini (RR) Cruise, semalam.

Siti Khadijah sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila hantaran yang dimuat naik di media sosial disalah erti sehingga ada pihak mendakwa dia menyimpan rasa tidak puas hati terhadap Anna.

Sebagai orang baharu, pelakon Sekali Lagi Cinta Kembali itu berkata, dia tidak pernah berniat untuk mencari musuh atau bermasam muka dengan rakan industri.

“Kenyataan itu tidak ditujukan kepada sesiapa, sebaliknya sebagai peringatan untuk diri sendiri. Saya ingin meminta maaf sekiranya berbuat salah.

“Saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan ingin berada lama dalam bidang lakonan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN