Pantau produksi 'lenjan' artis, kru kerja lebih masa - Sharnaaz Ahmad - Utusan Malaysia

Pantau produksi ‘lenjan’ artis, kru kerja lebih masa – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktor popular, Sharnazz Ahmad menempelak sikap segelintir penerbit dan pengarah yang ‘mengerah’ pelakon dan kru produksi bekerja hampir 20 jam sehari demi kepentingan mereka.

Sharnaaz berkata, pihak bertanggungjawab perlu memantau atau membatalkan dan menghalang lesen penerbitan syarikat produksi yang mengamalkan budaya kerja lebih masa tidak masuk akal.

“Produksi bodoh mana yang masih lagi melakukan kerja penggambaran hingga 20 jam sehari? Macam mana mereka semua ini layak dapat lesen untuk buka syarikat produksi?

“Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), sila pantau. Apapun, bukan di set aku. Kalau di set aku, memang kena tendang penerbit dan pengarah,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram Story.

Dalam pada itu, pelakon filem Jebat itu turut mendesak persatuan membabitkan penggiat seni dan penggambaran mengambil berat berhubung isu kerja lebih masa yang melampau dengan segera.

Jelasnya, ketamakan dan kedegilan syarikat produksi menjimatkan kos membuatkan penggiat industri seni ditekan dengan bebanan kerja melampau.

“Budaya ‘lenjan’ artis dan kru ini masih perlukah pada zaman 2022? Produser tamak mahu jimat kos dan laksanakan penggambaran lebih masa. Artis dan kru pula tidak mampu buat yang terbaik sebab penat, manakala penerbit tarik muka.

“Kepada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), mana kerja 12 jam kami?

“Minta pantau produksi yang jahanamkan industri. Kalau terlajak sampai 14 jam, kami masih boleh terima, tetapi bukan hari-hari,” tegasnya.

Hantaran tersebut banyak diulang siar oleh penggiat seni lain, antaranya Janna Nick yang turut mengecam budaya kerja lebih masa itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya