Janna Nick bangga Gatal antara lagu Melayu paling popular di TikTok - Utusan Malaysia

Janna Nick bangga Gatal antara lagu Melayu paling popular di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, penyanyi dan pengacara, Janna Nick bangga apabila lagu Gatal menjadi antara lagu Melayu paling banyak digunakan di aplikasi TikTok sepanjang tahun ini.

Janna berkata, pencapaian tersebut menjadi pemangkin semangatnya untuk terus berkolaborasi dengan komposer yang berpotensi mencipta fenomena sama.

“Semestinya, saya bangga dengan pencapaian Gatal. Tidak sangka sebenarnya lagu itu menjadi pilihan pengguna TikTok, bukan sahaja di negara ini, malah seluruh dunia. Itu pencapaian tertinggi untuk tahun ini.

“Sukar untuk kita mencari material lagu yang mempunyai kekuatan sama, tetapi saya percaya kepada rezeki dan percaturan Tuhan. Insya-Allah, lebih banyak lagu akan dilancarkan nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Gatal yang merupakan hasil ciptaan Aepul Drama Band menjadi kegilaan pengguna TikTok, termasuk Thailand, Russia dan Indonesia.

Malah, bintang antarabangsa, Psy yang cukup popular dengan lagu Gangnam Style turut memuat naik dua video menggunakan Gatal sebagai latar muzik.

Janna berkata, walaupun menerima kecaman disebabkan mutu persembahan vokalnya, kejayaan Gatal membuatkan dia berkobar-kobar meneruskan karier muzik.

“Saya baru sahaja melancarkan single, Mentari Senja dan Alhamdulillah, penerimaan peminat cukup baik. Saya percaya, setiap kecaman dan kutukan membuatkan kita lebih kuat.

“Saya mahu melangkah ke tahun baharu dengan harapan dan semangat yang lebih positif,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.