Dituduh 'meroyan', Puteri Sarah minta jangan cepat menghukum - Utusan Malaysia

Dituduh ‘meroyan’, Puteri Sarah minta jangan cepat menghukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berang dengan tuduhan kononnya dia sudah mula ‘meroyan’, pelakon, Puteri Sarah memohon segelintir warganet untuk tidak terus membuat andaian dan spekulasi berdasarkan beberapa klip video kemunculan secara langsungnya di TikTok.

Jelas Puteri Sarah, pelbagai cerita kurang tepat dan spekulasi yang bertukar menjadi kontroversi tersebar di media sosial, sekali gus memberi gambaran tidak elok terhadap dirinya serta keluarga.

“Bila timbul spekulasi mengatakan saya tidak move on, ada yang cakap saya ‘meroyan’. Anda semua tidak rasa. Kamu semua satu rumah dengan saya ke?

“Live itu panjang, kalau anda hanya tengok sedikit, kemudian mengandaikan bukan-bukan, baik jangan cakap apa-apa.

“Isu saya ini sudah lama. Bukan sebab saya kongsikan atau ceritakan pada orang, bermaksud saya tidak move on atau tertekan. Lagipun, bukan saya cerita semua perkara yang terjadi di rumah. Kesimpulannya, jangan judgemental sangat!” katanya.

Puteri Sarah dalam hantaran di Instagram turut menjelaskan mengenai kontroversi yang tercetus, susulan beberapa paparan di portal hiburan yang tidak benar dan lari daripada kenyataan asalnya di TikTok.

“Saya nak buat penjelasan sikit, satu portal memuat naik kenyataan saya yang telah mengundang salah faham orang ramai. Sewaktu sesi live itu, saya menjawab banyak soalan dan sempat juga melawak dan ketawa.

“Portal tersebut ambil kenyataan daripada potongan video live itu dan gabungkan menjadi satu video baru. Kemudian, orang ingat saya macam tidak betul sebab tergelak-gelak,” katanya.

Polemik rumah tangga pelakon itu dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof terus mencetuskan kehangatan, namun sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung dakwaan pernikahan antara suaminya dan Ira Kazar.

Malah, Puteri Sarah baru-baru ini mendakwa, menerima beberapa bukti suaminya dikatakan sudah bernikah dengan anak pelakon, Kazar itu di Thailand.

“Ramai yang kasihan melihat saya, anak dan keluarga mentua yang tidak mengetahui apa yang dilakukan Syamsul di belakang kami.

“Kebanyakan maklumat diterima daripada orang yang mengenali pihak sebelah sana. Namun, saya tidak terkejut kalau Syamsul bermati-matian menafikan kesahihan gosip kahwin dua,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.