Dapat tajaan RM15 juta, Reen Rahim nikah ahli perniagaan hujung bulan - Utusan Malaysia

Dapat tajaan RM15 juta, Reen Rahim nikah ahli perniagaan hujung bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setelah dua tahun berkenalan, pelakon, Reen Rahim, 34, mengumumkan bakal menamatkan zaman gadisnya dengan jejaka yang hanya diperkenalkan sebagai Mr. H,  akhir bulan ini.

Reen berkata, majlis pernikahan mereka akan berlangsung di Putrajaya, namun masih belum bersedia untuk berkongsi tarikh hari bahagianya itu, termasuk identiti jejaka yang berjaya menambat hatinya.

“Apa yang dapat saya kongsi, dia berusia enam tahun lebih muda dan merupakan ahli perniagaan yang juga penggiat seni. Kami sudah dua tahun berkawan.

“Selagi belum ada ikatan yang sah, saya tidak mahu berkongsi terlalu banyak mengenai perkara ini untuk menjaga privasi dan mengelakkan hal tidak diingini,” katanya.

Reen berkata, mereka pada mulanya tidak berhasrat untuk segera mendirikan rumah tangga kerana belum bersedia terikat dengan komitmen sebagai suami isteri.

“Mungkin juga berkat doa keluarga, kami akhirnya terbuka hati untuk disatukan dan berjanji akan menjaga ikatan yang bakal dibina ini sehingga akhir hayat,” katanya.

Berkongsi mengenai majlis perkahwinannya, Reen bersyukur apabila mendapat pelbagai bentuk tajaan mencecah RM15 juta untuk tiga acara.

“Pada awalnya, saya berhasrat untuk membuat hanya satu majlis. Agaknya sudah rezeki, ada pula pihak yang sudi menaja. Jadi, kami memutuskan untuk menganjurkan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.

“Saya bertuah kerana ada sahabat yang sudi membantu uruskan majlis ini. Mereka tidak mahu susahkan saya sebagai bakal pengantin,” katanya.

Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu, namun memilih untuk merahsiakannya bagi menghormati permintaan keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya