Bella dakwa terkena sihir pemisah - Utusan Malaysia

Bella dakwa terkena sihir pemisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 28, mendakwa, dia dan suaminya, Aliff Aziz, 31, menjadi mangsa sihir pemisah daripada individu yang tidak senang melihat kebahagiaan mereka.

“Terlalu berat untuk saya ceritakan, tetapi menurut ustaz yang merawat, kami terkena sihir pemisah. Ia menyebabkan hubungan saya dengan Aliff  tidak okay.

“Alhamdulillah, sudah ada perubahan selepas kami berubat. Saya bersyukur kerana Aliff terbuka hati untuk ikut sama berubat sebab ramai pasangan yang melalui dugaan ini enggan menjalani rawatan,” katanya.

Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, Bella yang ditemui pada sidang media Family Duo musim terbaharu, petang tadi berkata, dia sudah mula mengurangkan perkongsian tentang keluarga di media sosial.

“Kami anggap ini ujian dan mungkin teguran untuk saya supaya mengurangkan perkongsian di media sosial. Pada kesempatan ini, saya minta maaf sangat-sangat jika ada pihak yang mungkin tidak selesa dengan perkongsian saya di media sosial.

“Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati, terutama dalam berkongsi tentang keluarga di media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Bella juga mengakui, dia dan keluarga turut berdepan gangguan antaranya dihantui mimpi buruk.

“Saya pernah bermimpikan ular. Tetapi, Aliff mengalami mimpi lebih buruk seperti nampak saya bergaduh dengan lembaga hitam.

“Selepas melalui episod hitam ini, saya dan Aliff  mengambil inisiatif untuk memperbaiki diri masing-masing. Mungkin saya juga ada khilaf.

“Terima kasih kepada Aliff yang sentiasa ada di sisi,  malah sering memberikan sokongan moral. Kami perlu kuat untuk mempertahankan rumah tangga kami,” katanya.

Tambah Bella, Aliff juga menasihatkannya supaya tidak mencari individu yang berniat jahat tehrdap mereka, sebaliknya meneruskan kehidupan seperti biasa.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun berpisah pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula ketika dalam tempoh edah.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Mohammad Ayden Adrean,5, dan Ara Adreanna,2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya