Aaron panik isteri kemalangan - Utusan Malaysia

Aaron panik isteri kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz, mengakui sempat panik apabila dimaklumkan isterinya, Datin Diyana Halik terbabit dalam kemalangan, semalam.

Meskipun kenderaan jenis Alphard dinaiki isterinya remuk pada bahagian belakang, Aaron, 46, bersyukur insan kesayangannya itu selamat dan sudah mendapat rawatan di sebuah pusat perubatan.

“Saya tidak bersama isteri ketika kejadian kerana ada urusan kerja. Sebagai suami, sudah tentu saya diserang panik apabila mendapat tahu isteri kemalangan.

“Pemandu memaklumkan, mereka dilanggar dari arah belakang ketika kereta sedang berhenti. Saya sempat bercakap dengan individu yang melanggar dan dia ada meminta maaf.

“Kasihan pula apabila dia menangis ketika cuba memberi penjelasan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambah pelakon Ombak Rindu tersebut, dia pada mulanya bercadang meminta ganti rugi, namun menukar fikiran selepas mendengar penjelasan daripada individu tersebut.

“Saya mahu minta ganti rugi bukan sebab kereta, tetapi memikirkan keadaan isteri sebagai mangsa kemalangan. Mendengar individu tersebut bukan orang senang dan berdepan masalah peribadi, saya tidak mahu menghukumnya.

“Dia pun sudah mengaku salah, jadi saya tidak mahu memberikannya tekanan. Saya sudah nasihatkan dia, selain meminta berurusan dengan pihak insurans,” katanya.

Aaron berkata, isterinya telah menerima rawatan pada hari sama dan dinasihatkan berehat sementara di rumah.

“Alhamdulillah, dia okey. Kami sudah membuat pemeriksaan x-ray dan doktor mendapati, dia tidak mengalami kecederaan serius. Dia sakit disebabkan ototnya bengkak.

“Jadi, dia diberikan ubat dan dinasihatkan berehat. Anak-anak pada awalnya tidak tahu hal ini. Tetapi, selepas isteri memberikan lampu hijau untuk saya muat naik di Instagram, baru mereka tahu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.