'Mungkin ini show terakhir Hujan' - Utusan Malaysia

‘Mungkin ini show terakhir Hujan’

Konsert Hujan Rumah Kita melakar sejarah tersendiri buat kumpulan Hujan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Saya tidak boleh ambil peranan Tuhan. Mungkin ini show terakhir Hujan. Mungkin saya pergi dulu atau AG Coco pergi dulu”

Kata-kata itu diungkap vokalis kumpulan Hujan, Noh, ketika berkomunikasi dengan peminat pada Konsert Hujan Rumah Kita di Stadium Melawati, di sini, malam tadi.

Kenyataan penyanyi berusia 37 tahun itu menimbulkan kegelisahan peminat, sekaligus mencetuskan keriuhan dalam kalangan kira-kira 5,000 penonton yang hadir menyaksikan konsert tersebut.

“Hari ini paling bersejarah dan paling best buat Hujan. Kali terakhir konsert dianjurkan di stadium ini adalah konsert Anuar Zain,” katanya.

Konsert Hujan Rumah Kita dimeriahkan dengan persembahan 34 lagu hits kumpulan itu, antaranya Aku Skandal, Obsesi, Ahmoi Cantik dan Pijak Hatiku.

Hujan juga mengundang Aris Ariwatan, Azlan And The Typewriter dan Naim Daniel beraksi dalam konsert tersebut yang turut dihadiri legenda rock, Datuk Amy Search.

Pada konsert itu, Noh turut menyuarakan penghargaan kepada peminat yang ada di antaranya datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan Hujan membuat persembahan.

“Yang datang dari jauh, Masya-Allah. Sampai begitu sekali muzik menyatukan kita,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya