Bob Yusof harap GV9 dapat kukuhkan kembali jenama - Utusan Malaysia

Bob Yusof harap GV9 dapat kukuhkan kembali jenama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Naib juara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Bob Yusof hanya meletakkan matlamat untuk membina semula jenamanya, tanpa mengharapkan sebarang kemenangan sepanjang menyertai program tersebut.

Bagi Bob, apa yang lebih penting adalah menikmati pengalaman hebat bersama peserta lain kerana GV9 menguji kemampuan dan kreativitinya dengan pelbagai tugasan mencabar.

“Persaingan antara peserta sangat hebat. Sejak menyertai GV9, saya tidak pernah terfikir perkara lain, apatah lagi meletakkan sasaran untuk berada pada kedudukan tiga teratas.

“Saya cuma harap dapat bina kembali jenama Bob Yusof menerusi program ini. Mengenai duit kemenangan, saya akan digunakan sebaik-baiknya untuk diri, keluarga dan pasukan yang bertungkus-lumus membantu sepanjang pertandingan,” katanya.

Pada kemuncak GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi, Bob yang membawakan medley lagu Sejati dendangan asal Wings dan Rahasia Perempuan dipopularkan Ari Lasso menerima hadiah kemenangan RM50,000.

Sementara itu, pada pusingan Battle, Bob berentap dengan Hazrul Nizam menerusi dua lagu rap, Ice Ice Baby (Vanilla Ice) dan Swipe (Alyph).

Mengulas perkembangan karier yang dikatakan kurang menyerlah, Bob menjelaskan, dia sentiasa tampil dengan single terbaharu, namun tidak mendapat perhatian ramai.

“Single sentiasa ada, cuma kurang dapat perhatian. Radio juga kurang memutarkan lagu saya walaupun promosi sudah dilakukan. Ini adalah cabaran untuk saya terus berkarya.

“Saya memang ada hasilkan beberapa lagu, tetapi tidak dimasukkan di mana-mana platform, kecuali  YouTube. Selepas ini, saya akan gunakan saluran yang betul untuk mempromosikan karya yang dihasilkan.

“Sebelum sertai GV9, saya ada merakamkan satu lagu, tetapi belum sempat menemui peminat. GV9 menuntut komitmen yang tinggi, membuatkan saya penat kerana banyak perkara perlu difikirkan. Saya terpaksa tangguhkan dahulu hasrat memperkenalkan lagu baharu itu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya