Berdepan ugutan, Zul Huzaimy buat laporan polis - Utusan Malaysia

Berdepan ugutan, Zul Huzaimy buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zul Huzaimy mendedahkan berdepan beberapa ugutan daripada individu tidak dikenali lantaran kenyataannya yang mencetuskan kontroversi dalam satu ceramah di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.

Susulan itu, dia sudah membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut dan memaklumkan kes itu masih dalam siasatan.

“Saya sudah buat laporan polis dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. Saya tidak boleh kongsi jenis dan ugutan bagaimana kerana ia masih dalam siasatan,” katanya.

Zul sebelum ini, memohon maaf di atas kenyataan yang dibuatnya itu, namun menafikan dirinya terlalu ekstrem. Dia juga meminta rakyat Malaysia mendengar semula keseluruhan rakaman video tersebut kerana penerangannya lebih terperinci.

Dalam pada itu, pelakon Daddyku Gangster itu mengakui, sebagai manusia biasa, dia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan sehingga mencetuskan kekecohan.

“Saya menyesal dan sedar, itu adalah kesilapan saya sebagai manusia. Semua orang pernah melakukan kesilapan. Saya harap peminat faham dengan apa yang berlaku.

“Saya bukan artis kontroversi, malah ramai teman terkejut apabila mengetahui tentang isu tersebut. Saya harap kekeliruan dan kekecohan ini terlerai dengan permohonan maaf saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya