Tak terganggu, tergelak sebab Kak Lina comel - Jaclyn Victor - Utusan Malaysia

Tak terganggu, tergelak sebab Kak Lina comel – Jaclyn Victor

JACLYN ketika membawakan lagu Perawan Atau Janda pada konsert ketiga GV9.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Jaclyn Victor mengakui tidak terganggu dengan kehadiran pengacara Gegar Vaganza (GV) musim ke-9, Elly Mazlein ketika sedang menyanyikan lagu Perawan Atau Janda pada persaingan minggu ketiga, malam tadi.

Jelas Jaclyn, dia sengaja mengajak Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina ke pentas untuk berdangdut sama kerana pengacara itu pernah menyanyikan lagu tersebut ketika GV musim ketiga.

“Dia tidak kacau pun, tetapi comel. Saya tergelak bila tengok muka dia seperti tidak berpuas hati sebab terlalu sekejap.

“Dia tidak tahu sebenarnya. Memang saya rancang ajak Kak Lina ke pentas sebab dia pernah membawakan lagu itu dulu.

“Saya risau juga takut markah dipotong selepas tergelak. Tetapi, saya tidak boleh tahan sebab wajah Kak Lina ketika itu memang lawak,” katanya.

Pada konsert minggu ketiga itu, Jaclyn menduduki tempat kelima, manakala rakan peserta, Haida terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas diumumkan tersingkir.

Sementara itu, juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat berkata, dia tidak akan menghukum peserta yang terganggu dengan faktor luar yang bukan dalam kawalan mereka.

“Bagi saya, itu tidak mempengaruhi markah peserta, malah menunjukkan profesionalisme seseorang penyanyi mengawal situasi tidak dijangka.

“Kak Lina sangat kelakar dan dia tidak menganggu tumpuan saya ketika menjurikan persembahan. Malah, Jaclyn juga berjaya kawal situasi dengan baik.

“Dia tahu batas sebagai pengacara. Tetapi, itu pendapat saya, juri lain tidak tahu. Tetapi, kalau peserta terganggu disebabkan faktor luar, kita tidak akan hukum mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya