Tak cukup masa, gugup di pentas buat Haida kecundang - Utusan Malaysia

Tak cukup masa, gugup di pentas buat Haida kecundang

PERJUANGAN Haida di GV9 terhenti apabila diumumkan tersingkir, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi, Haida Hasnan, 44, mengakui, kekangan masa untuk berlatih, selain berdepan masalah gugup di pentas menjadi antara faktor yang menyebabkan dia tersingkir pada persaingan minggu ketiga Gegar Vaganza musim kesembilan, malam tadi.

Haida juga mengakui, perubahan susunan muzik yang dilakukan pada lagu Nang nyanyian asal  Iman Troye menyebabkan dia tidak dapat mengawal pernafasan dengan baik.

Kata penyanyi lagu Hajat itu, dia sepatutnya mendengar nasihat juri tetap GV9, Datuk Ramli MS yang melarangnya mengubah lagu tersebut.

“Sejujurnya, saya seperti tidak dapat seimbangkan tuntutan lagu tersebut. Antara kesalahan saya apabila ada bahagian dalam nyanyian yang membuatkan saya seperti tidak cukup nafas. Kalau ikutkan lagu asal, ia lebih ringkas.

“Tetapi, saya ambil risiko untuk panjangkan sikit bahagian itu. Satu lagi, saya kekurangan masa untuk berlatih. Sebelum naik ke pentas, saya masih terfikir-fikir sama ada mahu buat atau tidak bahagian itu.

“Tambahan pula, saya ada masalah gugup. Setiap kali naik pentas, dada saya berdebar-debar. Ketika buat latihan sendiri, saya tiada masalah. Sepatutnya saya dengar nasihat Tokram yang melarang saya ubah lagu itu,” katanya.

Pentas minggu ketiga GV9 menyaksikan Haida mendapat markah terendah iaitu 53.40 peratus, manakala Shila Amzah menduduki tempat pertama menerusi lagu Secangkir Madu Merah, sekali gus memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.

Dengan bertemakan ‘Pilihanmu, Okay Lock’, 12 peserta GV9 diadili juri tetap, termasuk Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

Musim baharu ini menyaksikan Nabil Ahmad kembali sebagai hos dengan ditemani pelakon serta alumni  GV3, Elly Mazlein.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya