Sengaja buat ‘content’? Saya cuma jadi diri sendiri - Baby Shima - Utusan Malaysia

Sengaja buat ‘content’? Saya cuma jadi diri sendiri – Baby Shima

BABY Shima bingung apabila setiap tindak-tanduknya mengundang kecaman netizen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Baby Shima, menafikan dia sengaja mahu mencetuskan kontroversi dengan menghasilkan kandungan yang seolah-olah mengundang orang ramai untuk mengecamnya di media sosial.

Menurut Shima,  perkara itu tidak timbul kerana dia cuma menjadi diri sendiri dan sekadar berkongsi apa yang disukainya di media sosial.

“Laman sosial saya guna untuk berkongsi apa saja yang saya suka. Contohnya, kalau suka menari, saya akan menari. Rasanya, pergerakan saya dalam tarian biasa saja, tetapi tetap orang akan kecam dan anggap macam-macam.

“Apabila muncul pelbagai kecaman, orang lain yang tidak tahu apa-apa akan turut mengecam bersama-sama. Itu yang menyebabkan sesuatu muat naik tular.

“Saya tidak pernah mereka-reka kandungan semata-mata untuk mengundang kecaman netizen. Saya cuma mahu enjoy dan nikmati apa yang saya buat,” katanya.

Sebelum ini, setiap perkongsian Baby Shima di laman sosial pasti mengundang kecaman netizen, terutama video atau foto yang pada segelintir pihak agak kurang manis serta tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat Timur.

Mengulas mengenai imej seksi pula, Shima berkata, dia tidak pasti mengapa dirinya sering menjadi sasaran ramai, sedangkan artis lain ada yang berpakaian lebih berani, namun menerima pujian.

“Saya perasan juga, ada beberapa artis yang berpakaian lebih seksi dan berani berbanding saya. Ada antara pakaian yang disarung mereka pada mata saya agak keterlaluan tetapi tidak pula dikecam netizen.

“Malah, ada yang memuji gaya mereka. Tetapi, saya pula terpaksa menelan kata cacian dan maki hamun walaupun saya tidak menggayakan pakaian yang mendedahkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya