Peminat misteri hadiahkan Amir Masdi gitar - Utusan Malaysia

Peminat misteri hadiahkan Amir Masdi gitar

AMIR Masdi terharu menerima gitar dan kasut berjenama mewah sempena ulang tahun ke-26.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Amir Masdi, terharu apabila menerima hadiah gitar dan sepasang kasut berjenama mewah sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-26, dua hari lalu.

Menurut Amir, gitar berwarna merah jambu itu dihadiahkan seorang peminat misteri, manakala kasut jenama Adidas Gucci pula diterima daripada kelab peminatnya, Ampire.

“Saya tidak sangka dapat hadiah itu. Gitar jenama Greatsch itu kalau tidak silap saya mencecah RM3,000. Tetapi, sampai sekarang saya tidak tahu siapa yang hadiahkan kerana pemberi tidak letak nama.

“Paling terharu apabila ahli kelab peminat Ampire mengumpulkan duit untuk membelikan kasut. Saya terharu sangat dengan tanda ingatan ini.

“Terasa begitu dihargai dan disayangi. Terima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya saya selama ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam satu acara hiburan, semalam.

Penyanyi lagu Kau Sakiti itu berkata, sempena ulang tahun kelahirannya juga, dia bersyukur hasrat memiliki piano digital untuk memudahkan kerja seninya menjadi kenyataan.

“Saya beli piano berwarna putih itu pada harga RM7,000 dengan hasil titik peluh sendiri. Memang sudah lama saya idamkan untuk buat latihan dan asah kemahiran muzik. Selama ini, saya berlatih menggunakan gitar.

“Sebelum ini, saya berhajat untuk beli dram, tetapi mengenangkan ruang saya berkarya tidak dilengkapi dengan sistem kedap bunyi, lebih baik saya beli piano. Jadi, saya tidak mengganggu jiran dengan bunyi kuat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amir menyimpan hasrat untuk berduet dengan penyanyi idolanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas rakaman semula lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian asal Ella mendapat sambutan pendengar.

“Bagi saya, ia satu penghargaan apabila dapat membuat persembahan bersama penyanyi nombor satu negara. Saya berharap Tokti sudi untuk bekerjasama nanti, insya-Allah. Tidak salah kalau berangan-angan bukan?” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.