Kalau bekerja kerana anugerah, kita akan kecewa bila tewas - Noorkhiriah - Utusan Malaysia

Kalau bekerja kerana anugerah, kita akan kecewa bila tewas – Noorkhiriah

NOORKHIRIAH memenangi trofi Pelakon Komedi Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Merangkul trofi Pelakon Komedi TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022), Noorkhiriah tidak pernah mengimpikan untuk meraih pengiktirafan atas bakat yang dimiliki.

Pelakon bertubuh kecil molek itu berkata, dia tidak pernah mengharapkan untuk membawa pulang anugerah setiap kali dicalonkan kerana enggan kecewa apabila tidak meraih apa-apa kemenangan.

“Bagi saya, dalam bekerja kena ikhlas. Apabila ikhlas, kita jangan fikir untuk menang anugerah kerana ia akan datang sendiri. Saya tiada apa-apa rahsia kemenangan.

“Kalau bekerja kerana anugerah, memang kita akan kecewa apabila gagal memperolehnya. Apabila kerja kerana amanah, ia (anugerah) akan datang kepada kita,” katanya.

Noorkhiriah meraih kemenangan menerusi lakonan hebatnya dalam drama Madu, menewaskan pencalonan lain antaranya Didie Alias, Ieda Moin dan Joey Daud.

Dalam pada itu, Noorkhiriah menambah, dia tidak pernah meletakkan noktah dalam kerjaya lakonannya selagi diperlukan dan pintu rezeki masih terbuka untuk menabur khidmatnya.

“Saya tidak akan menolak selagi diperlukan. Lagipun, lakonan adalah kerjaya  dan saya mahu bantu suami. Ia bukan untuk hanya saya seorang.

“Dari segi pemilihan watak, saya tidak kisah. Cuma, kalau boleh saya harap diberikan watak seimbang. Kadang-kadang, kita rindu watak berat dan ada masanya, rindu untuk membawakan karakter kelakar,” ujarnya.

Ditanya soal bayaran, pelakon berusia 43 tahun itu tidak akan meletakkan harga tinggi hanya kerana sudah memiliki barisan anugerah, sama ada berdasarkan populariti atau bakat lakonan.

“Harga sama sahaja. Kalau saya tekankan sangat harga, kasihan orang lain kerana mereka juga ada perut yang mahu diisi.

“Orang lain pun perlu makan dan hidup. Cuma, bayaran itu biarlah memadai. Janganlah bayar yang tidak sepatutnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya