MELUNASKAN naskhah berbentuk kenegaraan bukan perkara mudah, terutama apabila skrip asal terpaksa dirombak beberapa kali untuk menemukan kesempurnaan baik dari segi jalan cerita dan susur-galur sejarah. Meskipun menempuh laluan berliku, pelakon dan pengarah, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar yang berkecimpung dalam bidang perfileman sejak 1970, tetap memberanikan diri untuk menerbitkan filem pertama arahannya, Denu. Jelas pengarah yang sudah mencecah usia 72 tahun itu, idea asal menghasilkan filem mengenai primadona mak yong…










