Asheed berhabis ratusan ribu rawat gout - Utusan Malaysia

Asheed berhabis ratusan ribu rawat gout

ASHEED berhabis hampir ratusan ribu ringgit untuk merawat gout.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Berdepan masalah bengkak sendi atau gout sejak 18 tahun lalu, penyanyi Asheed, 49, mengakui telah berhabis hampir ratusan ribu ringgit bagi merawat penyakit tersebut.

Menurut Asheed, masalah yang dihadapi itu juga menjejaskan aktiviti hariannya, terutama melibatkan kerja berat.

“Saya alami masalah sendi sejak 18 tahun lalu menyebabkan banyak aktiviti terjejas kerana susah untuk buat kerja berat.

“Sampai sekarang saya masih tidak putus asa berubat. Selain melakukan rawatan tradisional, saya juga pernah menjalani pembedahan buang bengkak. Tetapi, ia tidak dapat dibuang semua kerana akan merumitkan saya untuk berjalan.

“Saya banyak berhabis untuk melakukan rawatan. Boleh dikatakan hampir beratus ribu juga duit saya habis,” katanya ketika ditemui selepas konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Pada persaingan itu, Asheed mendapat tempat keempat dengan markah 71.60 peratus menerusi lagu Yang Penting Hepi, nyanyian asal Jamal Mirdad.

Vokalis kumpulan Def Gab C itu mengakui, dia mengambil masa untuk berfikir sebelum menerima tawaran menyertai program realiti tersebut kerana bimbang akan menyusahkan ramai pihak.

“Apabila dapat tawaran GV9, saya berfikir lama kerana takut menyusahkan ramai pihak. Disebabkan itu, sepanjang pertandingan, saya tidak terlalu memikirkan sangat tentang kedudukan mingguan.

“Apa yang penting, saya cuba pastikan setiap minggu ada peningkatan dari segi persembahan. Saya tidak sangka, pada minggu ketiga saya mendapat kedudukan keempat. Bayangkan dari tempat ke-12, kemudian sembilan dan kali ini  keempat.

“Bila berada pada kedudukan itu, saya kena bekerja lebih kuat. Takut juga sebab momentum itu seperti laju, kalau boleh saya selesa ia bergerak perlahan-lahan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.