Bila tiba giliran saya di GV, mereka pula sudah tiada - Dina Nadzir - Utusan Malaysia

Bila tiba giliran saya di GV, mereka pula sudah tiada – Dina Nadzir

DINA bakal membawakan lagu Allahyarham Siti Sarah pada persaingan minggu kedua GV9, Ahad ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bakal menyanyikan lagu Allaharyam Siti Sarah yang juga sahabat baiknya, penyanyi, Dina Nadzir gementar sekiranya tidak mampu menyembunyikan kesedihan dan kerinduan terhadap rakannya itu ketika beraksi di pentas Gegar Vaganza (GV), Ahad ini.

“Perjuangan muzik kami sama. Malah, perjalanan seni kami juga hampir sama kerana dia pernah melalui cabaran di pentas GV. Sama juga dengan Allahyarham Adibah Noor.

“Tetapi, apabila tiba giliran saya beraksi di GV, mereka sudah tiada. Apabila saya naik atas pentas pada minggu pertama, wajah mereka bermain di fikiran,” katanya sebak.

Dina yang menyanyikan lagu Cinta Datang Lagi pada konsert pembukaan GV9, Ahad lalu meraih tempat keempat dengan markah 83.80.

Penyanyi yang juga penyampai radio itu bakal menyanyikan lagu Ku Teruskan, nyanyian asal Siti Sarah pada konsert minggu ini yang bertemakan, Malar Segar Mekar Membara.

Bercakap soal persediaan, Dina terharu apabila menerima komen positif daripada pihak juri dan berjanji akan memberikan persembahan lebih baik serta matang  pada minggu akan datang.

“Mungkin dulu ketika menyertai Malaysia Idol, saya main-main. Maklumlah, saya masih budak lagi kerana ketika itu, baru 17 tahun. Tetapi, sekarang saya sudah faham betapa seriusnya pentas GV ini. Saingan juga terlampau hebat.

“Saya tidak sangka, keikhlasan dalam nyanyian itu sampai. Saya selalu ingatkan diri untuk ikhlas dalam melakukan apa-apa dalam hidup. Apabila juri memberikan komen positif, saya rasa seperti mahu pengsan di atas pentas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya