Yuna rindu buat konsert di Malaysia - Utusan Malaysia

Yuna rindu buat konsert di Malaysia

YUNA masih mencari tarikh yang sesuai untuk kembali dengan konsert di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi popular bertaraf antarabangsa, Yuna meluahkan kerinduan untuk mengadakan konsert solo di Kuala Lumpur, terutama selepas melihat industri muzik tempatan kembali rancak dengan pelbagai acara persembahan.

Namun, jelas pemilik nama sebenar Yunalis Mat Zara’ai, perancangan tersebut bergantung kepada masa, apatah lagi dia sedang sibuk dengan pembikinan album baharunya.

“Kalau boleh saya nak buat persembahan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) seperti yang pernah saya lakukan dulu. Saya memang ada perancangan ke arah itu, tapi segalanya bergantung kepada keadaan.

“Harapnya konsert tersebut dapat dijalankan tahun ini juga, tapi kami masih mencari masa yang sesuai. Saya agak sibuk ketika ini dengan pembikinan album terbaru,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Dan Sebenarnya ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsi penyanyi, Aizat Amdan, semalam.

Dalam pada itu, Yuna memaklumkan, dia perlu memberikan tumpuan kepada konsert jelajahnya yang akan diadakan di beberapa lokasi sekitar Amerika Syarikat (AS).

“Insya-Allah, saya akan adakan mini tour di AS pada awal November nanti. Jelajah tersebut hanya berskala kecil di lokasi seperti di Seattle, Portland, San Francisco, Los Angeles, New York dan Boston.

“Saya rasa penting sangat untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Saya memang sudah lama tunggu nak beraksi di sini. Rindu juga nak imbau lagu lama, terutama lagu berbahasa Melayu.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan tersebut untuk memperkenalkan lagu baharu. Saya faham tidak mudah orang suka lagu baharu, jadi kita akan rancang projek ini sebaiknya,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya