MESKIPUN beberapa filem terdahulu garapannya pernah mencatat kutipan memberangsangkan, Syafiq Yusof tidak melihat pencapaian itu memberinya ruang untuk terus selesa. Syafiq yang mempertaruhkan francais terbaharu Abang Long Fadil iaitu Abang Long Fadil 3 akur, selera penonton sukar diduga, namun dia enggan menjadikan perkara itu sebagai beban yang menyekat langkahnya. Bakal menemui penonton di pawagam bermula 8 September depan, anak penerbit berkaliber, Datuk Yusof Haslam itu berkata, dia sudah bersedia dengan…