Tak guna bergaduh dengan orang tak sihat - Azhar Sulaiman - Utusan Malaysia

Tak guna bergaduh dengan orang tak sihat – Azhar Sulaiman

AZHAR Sulaiman bersama anak kesayangannya, Kasih Iris Leona.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Azhar Sulaiman tidak berhasrat memanjangkan tuduhan seorang wanita yang mendakwa anaknya, Kasih Iris Leona menjalin hubungan sulit dan mengikis duit suaminya.

Azhar berkata, tiada guna dia terus memanjangkan isu dan ‘bergaduh’ dengan individu tidak dikenali yang mungkin mempunyai masalah kesihatan mental serta memerlukan bantuan.

“Nor Azira Othman, saya tidak berhasrat untuk memanjangkan dakwaan ini. Cuma, nasihat saya, carilah kawan baharu yang mahir dalam dunia media sosial. Dengan saya, anda terselamat sebab saya fikirkan kesihatan mental anda.

“Kalau orang lain, pasti mereka akan saman anda. Saya doakan yang terbaik untuk awak dan sentiasa di bawah lindungan Allah,” katanya.

Azhar berkata demikian menerusi hantaran baharu di media sosialnya, hari ini.

Nama Leona tular apabila seorang pengguna Instagram menggunakan akaun Naosa25121985, mendakwa gadis berusia 20 tahun itu meminta wang bulanan sebanyak RM3,000 daripada suaminya sehingga duit simpanan mereka habis.

Individu itu juga pada masa sama, menuntut agar Azhar memulangkan semula duit suaminya yang telah dibelanja Leona sebelum tindakan polis diambil.

Sementara itu, Leona menerusi Instagramnya menafikan dakwaan tersebut yang disifatkan sebagai cukup memalukan.

“Saya menangis sebab dakwaan itu memalukan. Itu satu tuduhan yang 100 peratus tidak benar. Dia tuduh saya ada hubungan dengan suaminya sejak 2014, saya baru 12 tahun ketika itu.

“Dia dakwa saya ambil duit suami dia, sedangkan duit ibu bapa sendiri pun saya tak ambil,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.