‘The Beatles’ alaf baharu. Itulah yang dapat diungkapkan tatkala melihat penampilan Kugiran Masdo yang memperjuangkan genre muzik pop klasik dengan sentuhan lagu Melayu era 60-an. Memiliki pesona tersendiri, penerimaan meluas peminat terhadap muzik yang diperjuangkan mengukuhkan lagi posisi band tempatan itu untuk terus meneroka peluang memahat nama lebih utuh. Ia bukan angan-angan kosong apabila lagu mereka, terutama Dinda yang dilancarkan pada 2019 kerap dijadikan sebagai muzik latar di aplikasi popular,…