Ini adalah fasa baharu kami - Aizat, Elyssa selamat diijab kabul - Utusan Malaysia

Ini adalah fasa baharu kami – Aizat, Elyssa selamat diijab kabul

AIZAT selamat bergelar suami jam 9.17 pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta, penyanyi dan komposer terkenal, Aizat Amdan, 33, selamat diijab kabul dengan wanita pilihannya, Elyssa Alia Ilias, 34, dengan sekali lafaz pukul 9.17 pagi tadi.

Aizat yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu itu meluahkan rasa syukur apabila majlis yang berlangsung di A-Park, Puchong 3275, Puchong, dekat sini itu berjalan lancar.

Dia juga berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang tidak putus mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua orang yang membantu menjayakan majlis dan berharap semua yang hadir, gembira. Malah, saya juga bersyukur dengan cuaca baik.

“Malam tadi, hujan lebat dan dalam perjalanan ke sesi raptai, tayar kereta saya pancit. Ia tak pernah terjadi sebelum ini. Tapi, syukur ia terjadi semalam dan bukan hari ini.

“Alhamdulillah, kini lahirnya satu permulaan baharu buat kami. Memang ini fasa baharu dan saya tak boleh fikir diri saya saja untuk perancangan selepas ini,” katanya.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel Bersara Ilias Moiden dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan.

Pada majlis itu, Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan, manakala dulang hantaran tiga berbalas lima.

Dalam pada itu, Aizat berkata, mereka memilih Tulum, Mexico sebagai lokasi bulan madu selepas selesai kerja di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

“Kami sebenarnya ada lokasi impian iaitu Tulum. Jadi, apabila ke Los Angeles untuk bekerja pada November nanti, kami akan ke sana selepas selesai urusan kerja, insyaAllah.

“Rasanya sebulan juga kami akan ke sana nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya