Iman masih baharu, jadi agak asing bagi dia... -Naim Daniel - Utusan Malaysia

Iman masih baharu, jadi agak asing bagi dia… -Naim Daniel

NAIM Daniel berharap semua pihak memberi ruang kepada Iman Troye membetulkan keadaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel, berharap semua pihak bersikap adil serta memahami situasi dilalui penyanyi baharu, Iman Troye sebelum menuding jari dan menuduhnya berubah disebabkan meraih populariti mendadak.

Menurut Naim, sebagai penyanyi yang turut menggalas tanggungjawab penuntut jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Iman barangkali berdepan kesukaran untuk mengimbangi masa antara kerjaya dan pelajaran.

“Tidak mudah untuk seimbangkan antara pelajaran dan kerjaya. Setiap satu ada rentaknya, mungkin dia mengambil sedikit masa untuk terbiasa dan menyesuaikan diri dengan perubahan.

“Populariti ada kalanya datang tanpa kita sedari. Dari situ, orang mula menilai sedangkan perkara yang berlaku bukan disengajakan.  Jadi, Iman perlu periksa dan ambil tahu apa puncanya perkara itu timbul.

“Saya contohnya, jika tidak dapat dihubungi, pihak media boleh mencari pengurus untuk memudahkan urusan,” katanya.

Penyanyi lagu Sumpah itu mengakui, selebriti harus memberi kerjasama yang baik dengan pihak media kerana masing-masing memerlukan satu sama lain.

“Dari awal memasuki industri hiburan, saya sudah diajar untuk berdepan apa sahaja perkara. Malah, dalam apa juga keadaan, selebriti dan pihak media saling memerlukan antara satu sama lain.

“Saya sendiri ada ketika agak sukar untuk dihubungi, kadang-kadang selepas beberapa hari, baru saya sempat membaca mesej dan sebagainya. Kekurangan itu tetap ada, terutama apabila saya terlalu sibuk dengan urusan kerja,” katanya.

Naim bagaimanapun, percaya penyanyi tersebut masih dalam proses menyesuaikan diri dan akan belajar daripada pengalaman ini.

“Perkara ini adalah proses. Kita sedia maklum, Iman masih baharu dalam industri, jadi perkara ini agak asing bagi dia.

“Saya percaya, Iman akan belajar daripada apa yang berlaku dan menerima pihak media juga penting untuk membantu perkembangan kerjaya,” katanya.

Sebelum ini, banyak rungutan diterima yang mendakwa, Iman sangat sukar untuk memberikan kerjasama.

Penyanyi lagu popular Nang itu juga jarang dapat dihubungi atau membalas mesej jika ada perkara penting berkaitan dirinya yang memerlukan penjelasan segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya