fbpx

Hormat sikit penyanyi senior – Iqbal

IQBAL berharap rakan seperjuangannya menghormati pandangan penyanyi yang lebih berpengalaman.

KUALA LUMPUR:  Usahawan selebriti, Iqbal Zulkifli menyeru kepada pengasas kosmetik yang menceburkan diri dalam bidang seni suara supaya berpijak di bumi nyata dan sentiasa menghormati pandangan penyanyi senior kerana mereka lebih arif dan berpengalaman..

Akur dia bukan penyanyi profesional, Iqbal berkata, pelbagai kecaman yang diterima tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus menghasilkan single terbaru, pada masa dapat memperbaiki kelemahan diri.

“Saya hormat penyanyi lama kerana mereka bekerja keras untuk berada pada kedudukan hari ini. Saya akui, kami bukan penyanyi terlatih dan tidak mungkin dapat menyaingi kehebatan mereka.

“Namun, saya berharap orang industri bersikap lebih terbuka untuk bekerjasama dengan kami. Jika tidak merakamkan lagu duet, mungkin mereka boleh membuat penampilan khas dalam video muzik,” katanya.

Iqbal juga tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Aliff Syukri yang mendakwa dirinya sebagai penyanyi lelaki nombor satu negara. Pada pandangannya, gelaran itu tidak dimiliki mana-mana penyanyi lelaki setakat ini.

“Kalau wanita, kita tahu siapa. Tetapi, kalau lelaki, siapa penyanyi nombor satu?,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Aliff Syukri sebelum ini dikritik hebat gara-gara kenyataannya yang mendakwa dirinya sebagai penyanyi lelaki nombor satu di negara ini.

Kenyataannya itu tidak hanya dikecam netizen, malah penyanyi senior seperti Datuk Awie dan Datuk Hattan turut lantang menempelak serta melabelnya sebagai individu yang tidak boleh menyanyi.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN