Daripada jurutera ke jutawan pemasaran - Utusan Malaysia

Daripada jurutera ke jutawan pemasaran

PENGORBANAN Mohd. Afiq semata-mata untuk keluarga kecil yang dibinanya bersama isteri tercinta, Norzira Syarini dan anak mereka, Muhammad Aisy Rizqi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JATUH cinta dengan kerja belakang tabir di saat isteri bertatih membina syarikat sendiri yang ditubuhkan selepas diberhentikan kerja, membuka ruang buat bekas jurutera aircraft, Mohd. Afiq Abu Hasan menukar kerjaya ke bidang pemasaran.
Pada awalnya, beliau hanya membantu isteri, Norzira Syarini Mohammed Pauzi daripada segi pengurusan syarikat terutama dokumentasi, perjanjian dan akaun untuk meringankan kerja beliau kerana tiada staf pada Disember 2019.
Namun, selepas tujuh bulan bekerja secara sambilan, Mohd. Afiq, 32, akhirnya terpaut dengan kerjaya dalam bidang pemasaran yang baginya suatu yang menarik untuk diterokai. Beliau kemudian tekad untuk berhenti kerja sebagai jurutera pada 2020 dan melangkah ke bidang yang diceburi kini iaitu pemasaran dan pengiklanan.
Meskipun mengambil keputusan untuk menamatkan kerjaya yang diimpikan sejak kecil bukanlah suatu yang mudah bagi diri Mohd. Afiq. Namun, dia percaya pengorbanan besar yang dilakukan oleh beliau untuk keluarga kecilnya adalah demi masa depan yang lebih cerah.
“Saya percaya bidang pemasaran ini menjadi penambah baik ekonomi saya dan isteri. Saya nampak masa depan dalam bidang ini. Daripada situlah saya tekad untuk membuat keputusan beralih bidang daripada kejuruteraan kepada pemasaran,” katanya kepada Utusan Malaysia.

ZERO KEPADA HERO

Akui Mohd. Afiq, beliau dan isteri masing-masing tidak pernah menjalankan perniagaan, apatah lagi bidang pemasaran yang memberi cabaran buat mereka.
“Sejujurnya, kami bermula daripada kosong. Hanya bekerja dari rumah dengan sebuah komputer sahaja. Bidang pemasaran merupakan bidang baharu buat saya. Saya memang tidak tahu selok-belok dunia pemasaran, pengiklanan dan penjenamaan ketika itu.
“Tetapi, saya dan isteri banyak mencari sendiri ilmu melalui rakan, berguru dengan pakar pemasaran dan belajar daripada pengalaman pelanggan sendiri.
“Paling utama dan penting sekali adalah pengalaman yang berharga yang ada pada isteri saya dalam dunia pengiklanan. Pengalaman itu jugalah kami terapkan dan bawa ke dalam syarikat. Kami gunakan sebagai penggerak syarikat untuk semakin bertambah maju dan berkembang,” katanya.
Kongsi beliau, pengalaman kerjaya isteri selama 10 tahun dalam dunia media dan pengiklanan membantu
mereka untuk lebih matang menerusi perniagaan bidang pemasaran ini.
“Saya percaya ada hikmah di sebalik dia diberhentikan kerja pada 2019 dan saya meletakkan jawatan setahun kemudian. Isteri tekad menubuhkan syarikat berdaftar iaitu Newsfeed Media. Susulan itu, kami berdua bekerja keras membangunkan syarikat pemasaran ini. Jika tidak, kami tidak akan berada di tahap ini.
“Kami tidak pernah berhenti untuk belajar selok-belok dan ilmu dalam dunia pemasaran. Malah, sentiasa akan belajar untuk kukuhkan syarikat dan ingin terus terbang tinggi. Kami dapat berkenalan dengan ramai termasuk usahawan-usahawan untuk melonjakkan jenama mereka,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

JUTAWAN PEMASARAN

Ujar Mohd. Afiq yang kini Pengarah Pemasaran di Newsfeed Media, jika dahulu, hanya beliau dan isteri sahaja yang menguruskan syarikat secara kecil-kecilan, namun bersyukur mereka berjaya mempunyai sebuah pejabat sendiri dan memiliki seramai 15 kakitangan.
“Sejujurnya tidak percaya mampu berada di tahap ini. Jika dulu, saya dan isteri yang menguruskan segala urusan syarikat. Alhamdulillah, kini sudah ada team yang telus untuk menguruskan dokumentasi seperti mesyuarat, pertemuan dengan pelanggan, pengurusan masa dan pengurusan kerja untuk ‘deliver’ tugasan dengan menjaga kualiti daripada A sampai Z.
“Kami akan membantu para usahawan merangka pemasaran berstrategi bagi mempromosikan apa sahaja produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan. Tugas kami memastikan marketing setiap pelanggan akan diberikan yang terbaik mengikut perjanjian,” katanya.
Biarpun baharu bertapak ‘setahun jagung’ dalam industri perniagaan, mereka telah menerima anugerah Made for The World Excellence Awards 2021 in Outstanding Advertising and Public Relations Consultants of The Year Malaysia bagi Kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×