Belum cukup kuat untuk padam gambar lama - Cita Citata - Utusan Malaysia

Belum cukup kuat untuk padam gambar lama – Cita Citata

CITA Citata menegaskan dia berhijab atas kerelaan hati, bukan kerana paksaan kekasih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi popular Indonesia, Cita Citata membuat pengakuan, dia masih belum mampu untuk memadam gambar lamanya di Instagram, biarpun kini sudah berhijab.

Jelas Cita, Instagram merupakan diari perjalanan kehidupannya dan mengharapkan warganet tidak terus mengecam serta mengkritik tindakan tersebut.

“Saya tetap manusia yang tidak sempurna. Saya belum cukup kuat untuk padam gambar sebelum ini (kecuali yang seksi). Maaf, Instagram adalah paparan perjalanan hidup saya.

“Ingat, setiap orang memiliki cerita yang berbeza. Mohon beri sokongan dan doakan yang baik-baik. Insya-Allah, doa baik akan kembali kepada diri sendiri,” tulisnya di Instagram.

Penyanyi Sakitnya Tuh Di Sini itu sebelum ini menerima kritikan warganet apabila masih menayangkan gambar lamanya yang tidak menutup aurat walaupun sudah berhijab.

Malah, Cita juga berdepan spekulasi, kononnya dia mula berhijab kerana disuruh oleh teman lelakinya, Didi Mahadirka.

Dalam perkongsian sama, penyanyi itu juga menjelaskan, keputusannya berhijab bukan disebabkan orang lain dan tiada paksaan untuk dia memakai tudung.

“Mungkin ada hubung kait dengan pasangan, tetapi dia tidak pernah meminta atau menyuruh saya memakai hijab. Keputusan ini adalah keinginan saya sejak dulu lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya