Bakat Siti pernah diragui

Bakat Siti pernah diragui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelakon meningkat popular, Siti Khadijah Halim, 25, mengakui kebolehannya untuk memegang watak utama pernah diragui oleh seorang pengarah kerana masih hijau dalam industri.
“Semasa penggambaran Ash dan Aish, ada individu memberitahu saya yang pengarah tidak yakin saya boleh jadi heroin untuk drama itu.

“Saya tidak tahu kenapa kerana saya hanya melaksanakan tugas. Ada juga dengar khabar angin yang pengarah ingin gantikan saya dengan pelakon lain.

“Tetapi akhirnya, saya dapat tahu pengarah itu telah tarik diri daripada drama tersebut,” katanya.

Menurut Siti, terdapat satu kenyataan daripada pengarah itu sebelum ini yang mengatakan, produksi televisyen sekarang memilih pelakon berdasarkan paras rupa dan jumlah pengikut di laman media sosial, bukannya mementingkan pengalaman serta bakat dalam bidang ini.

“Saya tidaklah cantik sangat, pengikut di Instagram juga tidak ramai. Jadi, saya tak rasa apa yang dia cakap itu boleh apply untuk semua bakat baharu dalam industri ini.

“Tidak dinafikan, memang rasa down dan agak kecewa bila perkara itu berlaku. Lebih-lebih lagi bila ada individu lain yang cuba menokok tambah.

“Namun, selepas tukar pengarah, ternyata saya memang boleh bawa watak itu. Cuma, perlukan tunjuk ajar dan bantuan daripada pengarah sahaja,” katanya.
Bercakap mengenai drama terbarunya, Siti memberitahu, ini kali pertama dia memegang watak utama.

 

KARAKTER BERBEZA

Sebelum ini, Siti pernah membawa watak sampingan dalam drama Marry Me Senorita dan The Maid. Selain itu, Siti juga pernah memegang watak utama dalam telefilem Cerai.

Siti berkata, sebagai pelakon yang baru menapak dalam industri seni, membawa watak Aisha dalam drama Ash dan Aish merupakan cabaran yang besar.

“Saya perlu membawa watak itu dengan konsisten untuk 28 episod. Untuk konsisten dan hold character memang agak susah dilakukan pada mulanya.

“Watak Aisha ini lemah lembut dan sopan santun. Karakter saya pula berbeza. Kadang kala, ada terkeluar perangai sendiri masa berlakon yang tidak selari dengan watak Aisha.

“Mujur, orang sekeliling di set penggambaran dan pengarah tidak penat menegur dan mengajar,” katanya.

Ash dan Aish mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Aisha. Ahli keluarganya meninggal dunia dalam kemalangan dan dia hampir dicabul suami ibu saudaranya yang tamakkan harta keluarga Aisha.

Aisha seterusnya melarikan diri ke Kuala Lumpur dan bertemu pemuda misteri, Ashrafi. Tidak lama selepas berkenalan, Ashrafi kemalangan dan koma. Sewaktu di hospital, Aisha terkejut melihat Ashrafi bangun dan bercakap seperti biasa. Namun, apa yang Aisha lihat ternyata hanya roh Ashrafi. Disebabkan itu, Ashrafi meminta Aisha untuk menolongnya sedar daripada koma.

Drama itu menampilkan barisan pelakon seperti Meerqeen, Nadhir Nasar, Anna Jobling, Arash Mohd, Zarina Zainuddin, Kuza Muzani, Zainol MacWilson, Andy Teh, Jaja Iliyes dan Rahim Omar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya