YOLO Malaysia anjur konsert 3 generasi pemuzik rock handalan

YOLO Malaysia anjur konsert 3 generasi pemuzik rock handalan tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Buat julung kalinya, tiga pemuzik rock handalan tanah air dari tiga generasi berbeza disatukan di atas sebuah pentas menerusi konsert YOLO Live Sessions: 3 Generasi, yang dibawa khas oleh penganjur terkenal, YOLO Malaysia.

Konsert tersebut membariskan nama-nama besar industri muzik Malaysia seperti Noh Salleh, kumpulan Spider dan band bertaraf legenda, XPDC.

Menurut pengasas YOLO Asia, Ib Harun, pihaknya merasakan sudah tiba masanya untuk bintang rock kesayangan tanah air diberi penghormatan melalui sebuah persembahan live bertaraf antarabangsa bagi kepuasan peminat.

“Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk menghimpunkan tiga nama besar bintang rock negara yang mewakili tiga generasi berbeza.

“Seperti Noh Salleh, yang mewakili generasi muda, kumpulan Spider yang sering berada di carta tertinggi dan legenda rock negara iaitu XPDC,” katanya.

Selain itu, Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah berkata, Konsert YOLO Live Sessions: 3 Generasi itu tidak seperti konsert-konsert yang biasa diadakan kerana tiga generasi rock yang berbeza bakal dipersembahkan khas buat penonton.

Ia lebih memfokuskan untuk ‘kaki rock’ yang sudah lama mendambakan persembahan secara langsung dari artis serta band kegemaran mereka selain berpeluang mendekati bintang-bintang rock kesayangan mereka.

“Ramai peminat rock tegar di luar sana yang ternanti-nanti bila agaknya mereka dapat menyaksikan persembahan secara live dan berpeluang untuk ‘sing-along’ dengan artis kegemaran mereka. Kini mereka berpeluang merasainya.

“Pada malam 27 Ogos itu nanti, ketiga-tiga aksi diberikan kebebasan untuk mempersembahkan karya-karya rock mereka mengikut interpretasi tersendiri dengan durasi yang sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hamka Mohd Taufik, selaku Penerbit Kreatif YOLO Malaysia berkata, pemilihan artis serta band adalah berdasarkan permintaan peminat rock masa kini yang rindukan aksi lincah artis kegemaran mereka di atas pentas dan juga pencapaian mereka
sepanjang berada di dalam industri muzik Malaysia.

“Noh Salleh, Spider dan XPDC bukanlah nama kecil dalam dunia rock tempatan kerana masing-masing mempunyai pengalaman dan pencapaian yang membanggakan.

“Kesemua mereka adalah ‘otai’ rock dengan pendekatan yang berbeza, masing-masing ada ‘signature’ mereka tersendiri seperti pengaruh alternatif, ska serta metal.

“Jadi, gandingan ketiga-tiga pemuzik rock berlainan generasi ini dapat memenuhi pelbagai selera pengunjung nanti, dan pastinya bakal menjadi bualan kelak,” tambahnya.

Bertempat di dewan konsert serba moden, Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang pada 27 Ogos 2022 mulai jam 8:00 malam, acara tersebut akan menampilkan persembahan bertenaga yang #GerentiRock.

Tiket-tiket konsert yang dijual berharga pada kategori Rockzone (RM328), Free Standing (RM288), Category A Seating berserta ‘meet & greet’ (RM338), Category B Seating (RM 318) dan SVIP Private Box (RM6,288).

Selain itu, YOLO Malaysia juga sedang dalam perancangan membawakan artis bertaraf antarabangsa ke Malaysia bagi memenuhi selera penggemar muzik masa kini, nantikan pengumuman mereka pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN