Mak kita juga pinjaman - Que Haidar - Utusan Malaysia

Mak kita juga pinjaman – Que Haidar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Masih merasa kehilangan, pelakon, Que Haidar, 43, memaklumkan dia reda dengan pemergian ibunya yang bertemu pencipta sekitar Mac, tahun ini.

Kata Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, dia akur dengan ketentuan Allah SWT meskipun hilang arah selepas ketiadaan insan disayanginya itu.

“Sangat rasa kehilangan. Tak tahu nak capai apa, seperti hilang dahan untuk berpaut. Saya lost.

“Saya tak akan cerita masalah saya kepada mak. Tetapi, dengan melihat wajahnya, dengar suaranya membuatkan apa yang kita lalui, jadi lebih tenang.

“Saya percaya semua adalah pinjaman. Mak kita juga pinjaman dari-Nya. Bila faham itu, kurang rasa kekosongan dan kesedihan,” katanya.

Que berkata demikian ketika sesi bersama media secara virtual untuk telefilem Lebai Sampan, baru-baru ini.

Que, menerusi telefilem yang ditayangkan secara eksklusif di Astro Citra pada Sabtu malam depan itu, melakonkan watak sebagai Hatta.

Telefilem tersebut turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Ruminah Sidek, Beto Kusyairy dan Puteri Balqis.

Dalam pada itu, Que juga memberitahu bahawa telefilem berkenaan adalah antara lakonannya yang tidak sempat ditonton arwah ibunya.

“Saya juga baru sahaja selesai mengarahkan telemovie Bahalol. Itu pun dia tak sempat tengok,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya