fbpx

Beam moden lancarkan aliran trafik

Teknologi pengehad 25 kilometer sejam direka untuk keselamatan pengguna.

E-skuter, Beam yang terdapat di sekitar bandar pada ketika ini menjadi pengangkutan alternatif memudahkan pengguna untuk perjalanan jarak dekat serta pengguna pengangkutan awam.

Ia dilihat mengisi jurang yang wujud dalam sistem pengangkutan awam iaitu menghubungkan orang ramai kepada titik-titik transit, destinasi popular serta kawasan tumpuan dengan lancar dan mudah.

Ketua Hal Ehwal Awam Beam Mobility Malaysia, Taty Azman berkata, ia sekali gus dapat meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam sambil mengurangkan kebergantungan orang ramai terhadap kenderaan persendirian.

“E-skuter Beam dirumus untuk memudahkan dan menggalakkan orang ramai memilih kaedah pengangkutan yang lebih lestari di kawasan pusat bandar. Dengan meningkatnya ketersediaan kenderaan ini di titik-titik transit dan destinasi tumpuan di sekitar Lembah Klang, warga Malaysia dapat membuat perjalanan singkat dengan mudah dan segera.

“Sekiranya sesuatu tempat yang ingin dituju terlalu jauh untuk pejalan kaki namun terlalu singkat jika kereta digunakan, maka e-skuter kami boleh dimanfaatkan sebagai solusi kepada dilema ini,” katanya.

Dari segi keselamatan, e-skuter itu disokong oleh sebuah casis aluminium yang kukuh bergred pesawat. Ia memuatkan rangkaian kuasa yang efisien di samping peranti komunikasi Internet of Things (IoT) bergred tinggi, berfungsi bagi tujuan keselamatan penunggang dan pengoperasian yang bertanggungjawab.

Ia turut membekalkan fungsi seperti teknologi parkir maya milik Beam yang menggalakkan amalan penggunaan dan pemulangan e-skuter yang berhemah.

Teknologi pengehad laju kepada 25 kilometer sejam mencegah pengguna daripada menunggang terlalu laju termasuk semasa menuruni curam.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN