Jumpa di syurga nanti ya Kaif! - Safwan Nazri

Jumpa di syurga nanti ya Kaif! – Safwan Nazri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Safwan Nazri memaklumkan isterinya, Fathin Nur Amalina yang hamil empat bulan mengalami keguguran baru-baru ini.

Lebih menyedihkan apabila pelakon itu tidak berada di samping isterinya kerana berada di Turki.

Berita duka tersebut dikongsikan oleh Safwan menerusi akaun Instagramnya beserta kandungan rakaman pengebumian cahaya mata pertamanya.

“Ini ujian paling besar untuk saya dan isteri. Rezeki kami untuk dapat cahaya mata yang pertama sampai di sini sahaja.

“Kita jumpa di syurga nanti ya Kaif! Teruskan doa untuk ibu dan ayah okey! Dia (bayi sulung) dah cukup sifat, dah nak masuk empat bulan, comel, sempurna, tapi Allah lebih sayangkan dia!.

“Awak (isteri) memang hebat dan wanita yang sangat kuat! Saya dapat tahu benda ini terjadi ketika saya sudah sampai Turki,” katanya.

Dalam entri itu Safwan turut berkongsi erti nama bayinya Muhamad Kaif yang membawa maksud semangat yang kuat.

“Dia semangat untuk hidup, semangat untuk jumpa ibu dan ayah dia, tapi perancangan Allah itu lebih sempurna!,” ujarnya lagi.

Safwan juga berterima kasih kepada isterinya dan menyifatkan seorang yang tabah saat ditimpa musibah keseorangan diri sahaja.

“Isteri saya lalui perkara ini seorang diri dengan keluarga tanpa suami. Ya Allah hebatnya awak sayang! Saya sayang sangat dekat awak. Kita lalui ujian ini bersama-sama okey.

“Muhamad Kaif, awak sentiasa anak kami. Terima kasih temankan ibu selama ini, Kita jumpa nanti okey,” akhirinya.

Untuk rekod pasangan Safwan isteri berkahwin pada 4 Mac lalu selepas hampir sembilan tahun perkenalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya