Syamsul didakwa sudah bertunang? Puteri Sarah ucap terima kasih

Syamsul didakwa sudah bertunang? Puteri Sarah ucap terima kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Spekulasi yang melibatkan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, 38, dengan anak Kazar Saisi, Ira Kazar, nampaknya semakin hangat diperkatakan ramai.

Terbaru, ada kalangan netizen bertindak berani menghantar paparan skrin kononnya mendakwa penerbit dan pengarah itu sudah pun bertunang dengan Ira.

Paparan skrin tersebut kemudiannya dikongsi oleh isteri Syamsul, pelakon, Puteri Sarah Liyana di Instagram Story (IGS) hari ini.

Menerusi perkongsian tersebut, turut kelihatan Sarah sempat menulis kata-kata sindiran terhadap Syamsul.

“Terima kasih DM saya. Kalau betul, Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” katanya.

Selain itu, turut kelihatan di paparan skrin ayat bertulis ‘Syamsul dan Ira Kazar sudah bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!’

Sebelum ini, media tempatan melaporkan rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah didakwa dilanda masalah hingga mendapat perhatian netizen.

Puteri Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan pengarah itu, malah mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia bersikap ‘dingin’.

Syamsul juga dilaporkan mengaku mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN