Dua peguam datang kepada anda, mana mahu lari... - Puteri Sarah Liyana - Utusan Malaysia

Dua peguam datang kepada anda, mana mahu lari… – Puteri Sarah Liyana

PUTERI SARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak tahan lagi ‘dikacau’ oleh orang ketiga dalam rumah tangganya, pelako,n Puteri Sarah Liyana akhirnya mendapatkan khidmat undang-undangi menyelesaikan isu yang sudah lama berlarutan itu.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Dunia Anita itu menerusi satu perkongsian video di plaftorm TikTok miliknya.

Dalam perkongsian itu, Puteri Sarah meluahkan rasa menyesal kerana tidak meneruskan sahaja laporan polis terhadap wanita tersebut dahulu, sehingga keadaan menjadi semakin keruh.

“Kena kacau dan buli siber teruk. Tiada siapa nak mempertahankan saya. Pergi membuat laporan polis.

“Kesian punya pasal, tidak meneruskan. Bapa dia meminta maaf bagi pihak dia. Dia pun diam.

“Akhirnya, kena kacau ‘double triple’ teruk. Tiada penghujungnya. Menyesal tak teruskan dahulu,” katanya.

Mengulas lanjut, dia menyifatkan segala hal yang baik akan datang kepada insan yang telah lama bersabar.

“Sekarang, dua peguam datang kepada anda. Persiapkan diri anda. Mana mahu lari.

“Perkara yang baik datang kepada mereka yang menunggu! Saya datang pada awak. Tunggu saya habis bercuti sekejap,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sebelum ini, kisah rumah tangga pelakon itu dan suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof kembali menjadi perhatian apabila dia mendedahkan
rumah tangganya diganggu orang ketiga yang dipercayai anak kepada seorang pelakon juga.

Sekadar informasi, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya