Keluar dari zon selesa - Indah Ruhaila - Utusan Malaysia

Keluar dari zon selesa – Indah Ruhaila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Indah Ruhaila, 30, memaklumkan sikap profesional dan layanan sama rata yang diamalkan Rocketfuel Entertainment menjadi faktor yang membuka hatinya untuk menerima tawaran bernaung di bawah syarikat tersebut.

Indah atau nama penuhnya Siti Ruhailah Hussein berkata, dia yakin dengan kewibawaan syarikat itu dalam membawa hala tuju kerjaya seninya yang beberapa tahun lalu sedikit perlahan akibat penularan Covid-19.

“Rocketfuel Entertainment sebenarnya telah membuka tawaran kepada saya sejak dua tahun yang lalu. Tetapi disebabkan ketika itu kita lebih banyak di rumah kerana Covid-19, saya merasakan tiada keperluan untuk terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan.

“Kewibawaan syarikat ini dalam menguruskan kerjaya artis, terbukti. Tengok sahaja bagaimana mereka uruskan Hael Hussaini. Pada masa yang sama, saya banyak bertanya kepada rakan rapat tentang syarikat ini. Rata-rata memberikan maklum balas yang positif.

“Selain itu, saya tertarik dengan sikap profesionalisme yang ditunjukkan Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna Andreas yang terbuka dalam menerima pandangan dan mendengar keperluan artis,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Penyanyi kelahiran Johor Bahru ini pernah menyertai pertandingan One In A Million bersama nama-nama besar seperti Dayang Nurfaizah dan Alyah.

Kerjaya nyanyiannya secara profesional bermula pada 2008 bersama sebuah album, Indah Ruhaila.

Dalam pada itu, Indah juga memaklumkan dirinya bakal tampil dengan hala tuju muzik yang berlainam dengan konsep yang pernah dibawakan sebelum ini.

“Projek dengan Rocketfuel adalah berlainan. Saya akan keluar dari zon selesa.

“Tentunya saya akan masih membawakan lagu-lagu balada, mungkin satu dalam satu tahun. Tetapi selebihnya saya akan tampil berlainan. Nak tahu kenalah tunggu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya