Jasmin Hamid masuk CCU, alami serangan jantung

Jasmin Hamid masuk CCU, alami serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Jasmin Hamid kini dirawat di  Unit Rawatan Koronari (CCU) akibat serangan jantung.

Perkembangan itu dikongsikan suaminya, Nazmir Abd Rahim menerusi Instagram pelakon itu, baru-baru ini.

Menurut Nazmir, Jasmin mengalami serangan jantung buat pertama kali dan kini perlu dirawat dengan ubat-ubatan.

“Sekarang beliau berada di CCU bukan unit rawatan rapi (ICU) kerana serangan jantung semalam untuk pertama kali.

“Keluarga beliau ada sejarah (masalah) jantung. Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa berikan bantuan ubat untuk pam darah ke jantung,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nazmir turut memohon agar netizen mendoakan kesembuhan pelakon tersebut.

“Pada yang sayangkan beliau, mohon panjatkan doa untuk Allah panjangkan usianya dan diberikan kesembuhan seperti sedia kala secepat mungkin,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya