Ibu DJ Lin meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu DJ Lin meninggal dunia

Allahyarham Puteh Jantan meninggalkan sembilan anak dan lebih 40 cucu serta cicit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Menderita penyakit buah pinggang, ibu kepada penyampai radio Suria FM , DJ Lin, iaitu Puteh Jantan, 80, disahkan meninggal dunia di rumahnya di Larkin Jaya, Johor Bahru pagi ini.

DJ Lin atau Roslinda Abd Majid berkata, jenazah akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Danga sebelum solat Jumaat dan berharap semua orang mendoakan roh arwah.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Ibunda saya yang tercinta, Puan Hajah Puteh Jantan baru sahaja meninggal dunia pukul 4.50 pagi ni (Jumaat, 24 Jun 2022) di rumah kami.

“Jenazah akan dikebumikan sebelum waktu Solat Jumaat. Mohon semua sedekahkan Al-fatihah ya buat Allahyarhamah, moga rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman,” tulisnya.

Sebelum ini, Allahyarham Puteh dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat penyakit buah pinggang, minggu lalu.

Dalam pada itu, DJ Lin mengucapkan terima kasih kepada ibunya atas kasih sayang, pengorbanan dan segala yang arwah lakukan demi anak-anak.

Reda dengan pemergian, DJ Lin berkata dia dan adik-beradik sudah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit ibu mereka yang sudah lama menanggung kesakitan.

“Mak, terima kasih di atas segala kasih sayang, pengorbanan serta jasa yang mak taburkan buat orang dan semua anak -anak Mak. Berehatlah mak.

“Puas mak menanggung kesakitan. Kami semua dah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit mak namun Allah lebih menyayangimu mak.

“Mak akan sentiasa ada dihati kami dan kenangan kita bersama takkan pernah sekali pun orang lupakan ya mak. Al-Fatihah,” ujarnya.

Untuk rekod, arwah Puteh meninggalkan sembilan anak dan lebih 40 cucu serta cicit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya