KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina memberitahu dirinya hanya mengalami gejala ringan selepas disahkan dijangkiti Covid-19 beberapa hari lalu.
Pelakon filem Puteri Gunung Ledang Itu, menerusinya Instagramnya memberitahu keadaan masih okey meskipun sudah tiga hari menjalani kuarantin kendiri.
“Hari ketiga kuarantin. Setakat ini masih okey. Hidung tersumbat dan sakit tekak.
“Namun saya secara keseluruhannya masih okey, Alhamdulillah.
“Masih mampu bekerja dari rumah dengan penuh bertenaga. Terima kasih atas doa dan ucapan anda semua. Ia sangat membantu,” tulisnya.
Tiara mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19 selepas melakukan ujian pantas antigen pada 14 Jun lepas.










