fbpx

29 Jun 2022, 9:33 am

  TERKINI

Bad Indigo, Ashira Aziz bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Badrul Izhan Yeop Abdullah atau Bad Indigo dan isteri, Ashira Aziz sah bercerai.

Perkara itu diumumkan kedua bekas pasangan suami isteri itu menerusi Instagram sebentar tadi.

“Atas persetujuan bersama, kami telah sah berpisah. Tapi tetap berkawan kerana kami mahu bersahabat sampai bila-bila.

“Kami nak beritahu, sebab banyak cerita-cerita yang tak betul. Kami tetap baik, tak ada masalah.

“Yang penting tak ada orang ketiga, keempat,” katanya.

Pada masa yang sama Bad juga memberitahu bahawa mereka berdua terpaksa merahsiakan punca perceraian.

“Sebab kami tak boleh cerita. Apa-apa yang berlaku dalam perkahwinan adalah aib.

“Yang mendedahkan adalah dosa. Hanya Allah sahaja yang tahu,” ujarnya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI