Auranzeb pertaruh Tiada Ganti Cinta - Utusan Malaysia

Auranzeb pertaruh Tiada Ganti Cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Komposer kumpulan Bumi Putra Rockers, Awang memilih bakat baharu sebagai penyanyi iaitu Auranzeb untuk menyanyikan lagu ciptaannya, Tiada Ganti Cinta.

Kata Awang, pemilihan dibuat selepas Auranzeb atau nama penuhnya Muhammad Auranzeb Berembi melalui uji bakat kerana mempercayai bakat yang dimiliki.

“Selepas berbincang dengan pihat penerbit Luncai Emas, kali pertama jumpa sewaktu sesi uji bakat dan kami bersetuju untuk menjadikan dia sebagai penyanyi.

“Ketika di studio, prestasi nyanyiannya dengan baik. Dia adalah artis pertama saya tahun ini dan untuk itu saya telah ciptakan lagu yang ditulis oleh Keon.

“Manakala susunan muzik pada asalnya dibuat oleh Allahyarham Tony Iskandar (Spider) kemudian susunannya disambung oleh Malio,” katanya.

Sementara itu,  Auranzeb, 19, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, mengakui gembira dan teruja apabila dipertanggungjawab menyanyikan lagu tersebut.

“Semestinya saya amat bersyukur apabila terpilih. Kedua-dua mereka merupakan pencipta dan penulis lirik ternama. Jujurnya saya tiada idola yang spesifik, tetapi amat menginspirasikan kumpulan rock terkenal seperti Wings, Search, May, dan BPR,” luahnya.

Menurut Keon lagu itu diilhamkan menerusi Surah Al-Asr yang mengingatkan manusia tentang kepentingan masa.

Selain Awang, Keon dan Auranzeb, pihak Luncai Emas juga berharap single itu diterima baik oleh khalayak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN