Tidaklah hebat mana - Afieq Shazwan beli kereta mewah - Utusan Malaysia

Tidaklah hebat mana – Afieq Shazwan beli kereta mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan meluah rasa syukur kerana akhirnya dapat membeli kereta mewah jenis Honda Civic RS yang menjadi idamannya.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram miliknya dan turut memuat beberapa keping gambar di samping ibu tercinta.

“Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas rezeki mu yang tak terhingga. Tak pernah termimpi walaupun tidaklah sehebat mana tapi cukup memadai untuk Afieq bersama mama.

“Sabar dan tawakal, Allah makbulkan juga. Walaupun berbagai ujian tempuh bersama-sama, akhirnya bahagia pun dikecapi bersama.

“Terima kasih mama sentiasa ada di sisi dalam susah dan senang. Walaupun pernah ada rasa putus asa tapi mama lah penaik semangat saya,” luahnya.

Afieq yang juga seorang pengacara turut berterima kasih kepada peminatnya yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat dirinya termasuk ibunya.

Serentak dengan perkongsian, Afieq sempat bergurau dengan ibunya dengan kapsyen ringkas.

“Semoga mama sentiasa sihat dapat tengok Apit (gelaran manjanya) kahwin pula,” selorohnya.

Menjengah di ruangan komen, majoriti kagum dengan kesabaran remaja ini dan melayangkan komen doa yang baik-baik buat Afieq dan ibunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya