Kami lebih tahu jadual artis – Ira Tahar - Utusan Malaysia

Kami lebih tahu jadual artis – Ira Tahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berurusan dengan pihak pengurusan atau pun pengurus artis, adalah saluran yang tepat. Kadang-kadang artis sendiri kurang pasti dengan jadual mereka.

Adapun kelewatan itu mungkin disebabkan artis sendiri kurang pasti dengan jadual mereka. Cuma pihak pengurusan perlu peka dan inisiatif ambil tahu serta semak semula.

Jelas Pegawai Komunikasi Awam Rusa Muzik, Ira Tahar, ada masa-masa artis itu sendiri lambat balas disebabkan mereka ada kerja lain sedang atau hendak dilakukan.

“Setakat hari ini kalau pihak Rusa Muzik dan MVM, memang akan terperinci untuk maklumat jadual mereka.

“Mungkin kadang-kadang artis sendiri terlupa jadual mereka. Oleh itu, menjadi tugas kami sebagai pengurus untuk ingatkan semua jenis kerja mereka,” ujarnya.

Menyentuh berkenaan hubungan dengan media atau produksi antara artis naungan, Ira menyifatkan hubungan antara artis naungan dan media ibarat adik-beradik dan rakan baik.

“Alhamdulillah setakat hari ini hubungan saling memahami antara tanggungjawab sendiri.

“Untuk peratusan pula adalah seperti yang sudah dipersetujui oleh kedua pihak, label dan artis sejak dari mula mereka bersama kami. Peratusan ini yang dikatakan ‘banyak’ normallah untuk label melestarikan bisnes.

“Mereka juga yang keluarkan duit terlebih dahulu untuk setiap lagu, muzik video dan pembayaran pekerja. Pekerja juga perlu buat persetujuan dengan semua pihak untuk berkomunikasi dengan artis-artis mereka termasuk juga persembahan nyanyian atau pun lakonan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.