Teruja berlakon dengan pelakon ‘senior’ - Kamelia Mustaffa - Utusan Malaysia

Teruja berlakon dengan pelakon ‘senior’ – Kamelia Mustaffa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Walaupun mencabar, Kamelia Mustaffa teruja setiap kali dapat berlakon dengan pelakon-pelakon yang berpengalaman semasa penggambaran filem atau drama.

Dalam drama terbaharunya,Tetuan Ang dan Rahimin, Kamelia berkata, dia gembira kerana dapat berlakon dengan pelakon seperti Rashidi Ishak, Ben Amir, Daiyan Trisha, Elyas Abdullah dan Anita Baharom.

“Perkara yang paling mencabar sepanjang membuat penggambaran drama itu adalah ketika berlakon bersama pelakon-pelakon senior tersebut.

“Walaupun gementar tapi saya tetap teruja untuk bekerja bersama mereka. Sebagai seorang yang sangat baru dalam bidang lakonan dan industri ini, sudah tentu saya rasa gugup dan tertekan kerana perlu memenuhi jangkaan dan standard mereka.

“Tetapi saya sangat bersyukur dan terharu kerana mereka sangat peramah dan banyak membantu menambah baik kemahiran berlakon saya,” katanya.

Dalam drama Tetuan Ang dan Rahimin, Kamelia memegang watak Karina yang merupakan peguam berpengalaman yang telah bekerja lebih tujuh tahun dalam bidang itu.

Menurut Kamelia, Karina merupakan seorang peguam yang sofistikated, bijak dan sangat tegas. Karina juga merupakan idola kepada watak Budi yang dilakonkan oleh Daiyan Trisha.

“Berlakon sebagai peguam merupakan satu pengalaman menarik kerana ibu pernah cakap saya patut jadi peguam.

“Walaupun cuma berlakon, saya masih dapat merasakan bagaimana perasaannya menjadi seorang peguam yang hebat,” kata anak kelahiran Selangor itu.

Sebelum ini, Kamelia pernah muncul dalam drama iTanggang sebagai pelakon tambahan. Dari situ, dia berjaya menarik perhatian pengarah dan seterusnya ditawarkan untuk memegang watak dalam drama Tetuan Ang dan Rahimin.

Sebelum muncul di skrin TV, Kamelia terlibat dengan lakonan teater dan dia mula mengasah bakat lakonannya.

Tetuan Ang dan Rahimin merupakan hasil terbitan KL Motion Pictures Company Sdn. Bhd. yang menceritakan tentang selok-belok dunia guaman yang jarang diketengahkan dalam industri drama tempatan.

Drama yang mempunyai 20 episod itu menceritakan tentang dunia guaman yang banyak pancarobanya, apatah lagi jika peguamnya muda dan tidak berpengalaman.

Drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Wan Alauddin Wan Zainuddin itu sudah mula ditayangkan setiap Isnin 11 malam mulai 14 Februari lalu di saluran Astro Ria. Ia turut boleh ditonton menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya