Kolaborasi Kerabat Hantu, Awie dan G-Mon - Utusan Malaysia

Kolaborasi Kerabat Hantu, Awie dan G-Mon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMUNCULAN empat jejaka yang terdiri daripada Sora, WenRowl, AlifWauYa (Awie) dan G-Mon, di persada muzik tempatan masih hijau. Masing-masing punya perjalanan karier sendiri.

Biarpun nama mereka belum terpahat di kotak fikiran pendengar, namun masing-masing sudah dikenali di arena hip hop tempatan.

Sora dan Wenrowl selesa mencipta keserasian dalam kumpulan Kerabat Hantu mana­kala, Awie dan G-Mon pula sedang mendaki puncak seni dengan kerjaya solo masing-masing.

Justeru, sudah tiba masanya untuk mereka mara selangkah ke hadapan bergabung mempertaruhkan single I Don’t Mind bergenre old-school boom bap yang dilancarkan di bawah label ACE.

Selaku pencetus idea, Sora, 24, yang juga merupakan atlet breakdancing negara berkata, idea tersebut timbul secara spontan.

“Lagu ini lebih mence­ritakan realiti hidup saya yang sebenar. Ada yang memandang rendah dan menganggap, hidup sebagai penari tidak membuahkan hasil, tetapi mereka silap.

“Selain itu, WenRowl, Awie dan G-Mon juga menyumbang pelbagai idea bagi menjayakan lagu ini. Tanpa mereka, lagu ini tidak akan sampai ke tahap ini.

“Saya berasa bangga dengan diri sendiri apabila lagu ini mula memasuki carta arus perdana dan didengari oleh khalayak,” luahnya.

Bercerita tentang pengalaman merakam lagu di studio, kongsi Sora, gemuruh adalah cabaran utama yang perlu dia tempuhi.

“Ini adalah permulaan ke arah dunia muzik. Kali pertama merakamkan lagu, memang gemuruh. Alhamdulillah, dengan dorongan mereka juga semuanya dipermudahkan,” kata Sora.

Bagi WenRow pula, proses menyesuaikan diri dengan genre baharu dan merakam lagu adalah pengalaman yang cukup bermakna dalam hidupnya.

“Paling mencabar bagi saya bila nak sesuaikan diri dengan genre yang dibawa. Kadang-kadang tidak rasa yakin dengan suara sendiri,” selorohnya.

Sebagai informasi, I Don’t Mind dicipta komposer muda, Momo dari kumpulan Unknown dan Hann Worsnop malah mendapat sentuhan Sora, Awie, WenRowl dan G-Mon.

Muzik video I Don’t Mind juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Def Jam Malaysia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya