Empat drama adaptasi novel Siti Rosmizah bakal temui penonton - Utusan Malaysia

Empat drama adaptasi novel Siti Rosmizah bakal temui penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat novel popular yang dihasilkan penulis terkenal, Siti Rosmizah Semail telah dipilih sebagai adaptasi drama dan bakal ditayangkan di Astro bermula bulan ini.

Novel-novel tersebut adalah Jangan Menangis Cinta, Andai Itu Takdirnya 1 dan 2 serta Takdir Itu Milik Aku.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, novel-novel yang dipilih mempunyai kekuatan tersendiri selain memiliki pembaca yang ramai.

“Novel-novel yang diadaptasi bukan calang-calang. Ia merupakan antara yang terlaris dan top selling di negara kita.

“Pihak Astro berharap seleksi karya Siti Rosmizah ini mampu menarik ramai lagi peminat untuk menonton drama menerusi platform kami,” katanya.

Siti Rosmizah selaku Pengarah SR One Sdn. Bhd. mengajak orang ramai menonton drama-drama tersebut.

Dia menyifatkan novel-novel yang diadaptasi sebagai masterpiece yang lama disimpan.

“Yang pasti, penonton akan berpuas hati dengan drama-drama ini.

“Ia akan menjadi fenomena sama seperti drama-drama saya yang lain iaitu Lafazkan Kalimah Cintamu, Curi-Curi Cinta dan Rindu Awak Separuh Nyawa,” katanya.

Jangan Menangis Cinta yang menampilkan Remy Ishak dan Amyra Rosli akan ditayangkan pada Isnin hingga Khamis bermula 21 Mac 2022 di saluran Astro Ria.

Drama Andai Itu Takdirnya 1 dan 2 yang mengetengahkan Shukri Yahaya pula bakal ditayangkan pada suku kedua tahun 2023.

Sementara itu Takdir Itu Milik Aku bakal menemui penonton pada suku keempat tahun hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya