Telah berangkat anak syurga ini - Fedtri Yahya - Utusan Malaysia

Telah berangkat anak syurga ini – Fedtri Yahya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Personaliti TV, Fedtri Yahya menzahirkan rasa duka dengan pemergian Allahyarham Rayan Oram di Maghribi, hari ini.

Khabar sedih itu dikongsi Fedtri di akaun Instagram miliknya dengan mengulang siar paparan laporan berita luar negara.

“Telah berangkat anak syurga ini ke negeri terindah buatnya. Pasti ada hikmah atas apa yang terjadi.

“Lima minit. Kegembiraan ibu Rayan cuma seketika sebelum anak comel itu disahkan meninggal dunia. Remuk hati dan rasa sukar diungkapkan.

“Lima hari yang penuh debar dan penantian. Moga bertemu kembali dalam dakapan syurgawi,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen hantaran tersebut, majoriti membanjiri dengan layangan doa dan ucapan takziah termasuk rakan-rakan artis.

“Allahuakbar, takziah,” komen produser terkenal, Datuk Ziela Jalil.

Antara lain yang turut memberi ucapan sama seperti penyanyi terkenal Fauziah Latiff, dan pelakon, Liza Abdullah.

Untuk rekod, Rayan dilaporkan terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter pada Selasa lalu di Kampung Ighrane yang terpencil di wilayah Chefchaouen.

Bagaimanapun, Rayan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat Maghribi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN