Saya sudah biasa, reda ditolak kerana pengikut tak ramai.... -Mei Fen - Utusan Malaysia

Saya sudah biasa, reda ditolak kerana pengikut tak ramai…. -Mei Fen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon meningkat naik, Lim Mei Fen mengakui dirinya baru mempunyai keberanian untuk menggelarkan diri sebagai pelakon, selepas lapan tahun berada di industri.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem Prebet Sapu itu menerusi sebuah coretan panjang di Instagram miliknya.

Menurut Mei, dia akui berasa agak segan untuk mendedahkan dirinya sebagai pelakon kepada umum memandangkan kurang mendapat tawaran berlakon.

“Lapan tahun sejak saya mula berlakon, hari ini baru saya berani menggelarkan diri sebagai seorang pelakon.

“Setiap kali orang tanya awak kerja apa? Saya selalu menjawab, saya ini pelajar. Sebab nak beranikan diri untuk gelarkan diri sendiri seorang pelakon, saya tidak mampu.

“Bukan apa, malu kalau sebut saya pelakon dan orang tidak kenal. Tidak berani kerana memang saya bukan selalu ada tawaran berlakon. Sekali sekala sahaja seperti kerja sambilan,” kongsinya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia menyambung jurusan dalam bidang lakonan di Akademi Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) kerana mempunyai pemikiran harus profesional dan menggilap kemahiran sebaik mungkin sebagai seorang pelakon.

Namun, Mei akur dengan tuntutan industri seni pada waktu ini yang kini dilhat lebih mementingkan bilangan pengikut yang ramai di media sosial.

“Dulu saya ingat seorang pelakon profesional harus menggilap kemahiran sebaik mungkin. Jadi, saya masuk Aswara. belajar menjadi seorang pelakon.

“Masa itu, saya berumut 28 tahun. Tiada seorang pun bersetuju dengan pilihan saya. Tetapi, saya degil. Teruskan sahaja. Habis belajar, peraturan industri berubah.

“Kemahiran berlakon sahaja tidak cukup, perlu ada pengikut beribu-ribu. Saya pun sudah biasa dan reda ditolak kerana pengikut tidak ramai,” ujarnya panjang.

Pemerhatian Utusan Malaysis mendapati, ruangan komen tersebut dibanjiri dengan reaksi rata-raya warganet yang memberi semangat buat pelakon itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya